Pages

Saturday, December 15, 2012

just wrote. .

Assalamualaikum. .
 Rasanya sudah lama gila tak update blog. .serius tak sempat. .hehe. .hari ini dah 16 Dec. .dah nak masuk tahun baru kalau ikut tahun orang putih. .urm. .mesti sibuk-sibuk nak berazam baru. .kalau aku, dah tak ada maknanya nak azam baru, sebab tahun baru hijrah hari tu dah buat azam. .hehe. .cuma tak tau tertunai ke tidak. .hope dapat ditunaikan In Shaa Allah. .
 Sehari dua nie aku rasa down sangat-sangat, tak tahu kenapa. .mungkin sekarang final exam season kut..Terikut- ikut sangat perasaan stress. .hanya doa dan tawakal sahaja yang dapat dilakukan sekarang. . yela, usaha pon sudahkan. .sekarang hanya fokus kepada persiapan untuk balik kampung. .cheewahhh. . kena bangga laa ada kampung. .dari orang yang tak ada kampung langsung. .hahaa. .alamak. .! cakap pasal kampung nie, tiba-tiba rasa rindu sampai tak boleh nak handle la pulak. .rasa-rasa kalau dekat kampung nie, mesti aku tengah bertadarus bersama-sama dengan mak-mak saudara dan nenek kesayangan aku. . cakap pasal tadarus nie, masa zaman-zaman jahiliah aku dulu-dulu. .mak-mak saudara aku selalu juga ajak bertadarus sama-sama, tapi aku nie masa tue jahil lagi, beribu-ribu alasan aku bagi sebab nak elak tadarus. . bila ingat balik, Ya Allah, malu dekat diri sendiri, kaum kerabat dan yang paling penting malu dekat Dia Maha Pencipta. . 
 Tapi alhamdulillah, sekarang dah matured sikit dan tahu nak beza baik or buruk satu-satu benda. .hehee. . best apa tadarus. .at least dapat la juga baiki tajwid dan mendalami maksud satu-satu ayat. . 
sebab mak saudara aku nie, semasa tadarus, dia akan jelaskan maksud-maksud ayat yang kitaorang baca. . 
rindu sangat-sangat suasana macam tu. .dengan nenek aku yang dah berumur nak dekat 90 tahun. . mak sedara aku pula lumpuh separuh badan (stroke) tapi dia adalah antara mak saudara yang paling aku sayang. .   sebab ape?? sebab dia garang plus kelakar. .yelaa bekas cikgu. .paling aku suka kalau dia imbau kenangan masa ummi aku kecil-kecil dulu ( dia nie kakak kepada ummi aku). .haishh. .rindu-rindu. .apa yang paling aku ingat, dia selalu suruh aku baca surah Al-Ikhlas. .sebab surah nie, In Shaa Allah dapat guide kita . .

 The best guide. .meh laa sama-sama kita amalan. .In Shaa Allah akan dapat manfaatnya. . apabila masa berputar, kita akan rasa pusingan dunia. .seketika diatas. .seketika dibawah. . berundur dulu. .sekian coretan aku untuk kali ini. . Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment